23 May 2009

Lawatan Ketua Menteri






Ketua Menteri Pulau Pinang membuat lawatan serta diberi penerangan mengenai operasi MASkargo di Pusat Kargo Pulau Pinang, sessi berdialog juga diadakan diantara beliau bersama Pihak Berkuasa Zon Lapangan Terbang, Pihak Polis Lapangan Terbang, Persatuan Wakil-Wakil Penghantaran Pulau Pinang dll bagi meningkatkan operasi di Lapangan Terbang.

20 May 2009

Latihan Kebakaran





MASkargo Pulau Pinang telah menjalankan latihan kebakaran di bangunan Pusat Kargo Pulau Pinang (PCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang. Agensi yang turut terlibat seperi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bomba Lapangan Terbang, Agensi Keselamatan Lapangan Terbang, Kementerian Kesihatan, St. John Ambulans, Bulan Sabit Merah, ERT MASkargo dll. Syarikat Penerbangan lain yang mempunyai pejabat di bangunan PCC tidak terkecuali daripada latihan tersebut.

12 May 2009

Perkahwinan Fadzli & Zahira







Selamat Berbahagia diucapkan kepada pasangan ini semoga beroleh kebahagiaan hingga ke akhir hayat...

10 May 2009

Selamat Hari Ibu

Renungan buat kita...

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...Berderai air mata jika kita mendengarnya........Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT

SELAMAT HARI IBU

08 May 2009

Selamat Hari Lahir




Selamat Hari Ulangtahun kelahiran kepada Isteriku tersayang, semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki...amin