30 September 2009

Majlis Rumah Terbuka UMNO Bhg Jelutong








Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Jelutong bersama Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian diadakan di Balai Rakyat Jalan Patani, Aswad dan Zarina AF telah dijemput bagi memeriahkan majlis dengan persembahan mereka

28 September 2009

Satu Hari di Hari Raya







Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

18 September 2009

Salam Aidilfitri



Menjelang Hari Yang Mulia di bulan Syawal ini, sekiranya terdapat kekasaran pandangan, ketinggian suara, keteraburan bahasa dan sebagainya minta dimaafkan seadanya, sebagai manusia biasa Saya tidak dapat lari dari membuat kesilapan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin

14 September 2009

Majlis berbuka puasa Pasukan Gerakan Marin Wilayah Satu bersama media











Majlis berbuka puasa Pasukan Gerakan Marin Wilayah Satu bersama media diadakan diatas bot Marin PX13 di kawasan perairan Pulau Pinang. Sebelum itu penyerahan bungkusan Hari Raya disempuranakan oleh Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah Satu, ACP Zainul Abidin Hasan dan diserahkan kepada pegawai yang ditugaskan pada Hari Raya nanti. Tugas meronda dan mengawal keselamatan kawasan perairan negara berjalan seperti biasa walaupun pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, sebanyak 12 bot marin dengan tiga pegawai dan 69 anggota terlibat dalam rondaan menjaga perairan di Wilayah Satu sepanjang tempoh itu.

11 September 2009

Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran JKIM Kawasan Utara







Majlis berbuka puasa bersama anak² yatim dan pelancaran Jawatankuasa Kebajikan Islam MAS (JKIM) kawasan utara dimeriahkan dengan kehadiran Anak² yatim dari Maahad Tahfiz Al-Quran (Anak Yatim Darul Tahzhib) Teluk Kumbar Pulau Pinang.
Speaker DUN Pulau Pinang Datuk Abdul Halim bersama Pengerusi JKIM Induk Y.Bhg Tuan Haji Mohamed Yusof telah menyempurnakan pelancaran JKIM kawasan Utara serta menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak² yatim tersebut.
Pengurus, pegawai dan kakitangan MAS serta tetamu jemputan telah menunaikan solat tarrawih bersama.

08 September 2009

Majlis Berbuka Puasa MASkargo







Majlis berbuka puasa MASkargo Pulau Pinang bersama agen-agen kargo dan wartawan diadakan di Hotel Equatorial Bukit Jambul, majlis ini juga diserikan dengan kehadiran pengarah urusan MASkargo En Shaari Sulaiman. Di akhir majlis, para wartawan telah menemuramah En Shaari mengenai perkembangan terkini operasi MASkargo.

03 September 2009

Perkahwinan Apis & Nor







Majlis Perkahwinan Apis & Nor ini berlangsung di Dewan Polis Marin Batu Uban Pulau Pinang.
Semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat.