26 October 2009

Ride with CM










Kayuhan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang ini dibahagikan kepada tiga kategori...

1) Kayuhan Keluarga 12 km bermula dari Padang Kota menuju ke Persiaran Gurney dan berpatah balik ke Padang Kota
2) Kayuhan 50 km bermula dari Padang Kota menuju ke bulatan Teluk Bahang dan berpatah balik ke Padang Kota
3) Kayuhan 80 km (Round Island) bermula dari Padang Kota ke Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas, Balik Pulau, Teluk Bahang, Batu Ferringhi dan berakhir di Padang Kota

23 October 2009

Majlis Perasmian Komtar BASE Jump 2009












Komtar International BASE Jump 2009 diadakan sempena Kuala Lumpur International Tower Jump Malaysia 2009. Acara dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, seramai 32 peserta payung terjun telah membuat penerjunan dari menara Komtar. Selain penerjun tempatan, peserta luar negara antaranya dari Australia, New Zealand, India, Peranchis, Denmark, United Kingdom dan Sweden turut menyertai aktiviti lasak ini.

22 October 2009

Majlis Hari Raya PJVPP 2009















Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Jurufoto & Video Pulau Pinang telah diadakan di Hotel Sunway Georgetown bagi merapatkan silaturrahim antara jurugambar² lama mahupun baru walaupun sekadar hobi. Majlis turut dihadiri oleh Shaiful Rizal dan Saiful Nang sekeluarga sebagai tetamu jemputan. Berbagai acara dan permainan yang menarik dan lucu diadakan untuk kanak², pasangan serta untuk lelaki dan wanita.

16 October 2009

Majlis Rumah Terbuka LTAB Pulau Pinang









Majlis Rumah Terbuka LTAB Pulau Pinang diadakan di perkarangan pejabat pengurusan Malaysia Airport Sdn Bhd. Berbagai² syarikat penerbangan termasuk dari luar dan syarikat lain yang beroperasi di LTAB Pulau Pinang telah menjayakan majlis ini.

14 October 2009

Majlis Jamuan Hari Raya Liga Pakistan








Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Liga Pakistan diadakan di perkarangan Masjid Pakistan Jalan Macalister Pulau Pinang, majlis turut dihadiri oleh TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Hajjah Majimor binti Shariff.

10 October 2009

Majlis Hari Raya PJVPP 1430 Hijrah


Majlis Hari Raya anjuran Persatuan Jurufoto & Video Pulau Pinang akan diadakan di Hotel Sunway Georgetown Pulau Pinang

Sebarang pertanyaan sila hubungi...

Khalil 017-4162979,
Kak Liza 016-4160510,
Erwan 012-5172101

01 October 2009

Sunset



Sunset dari Kampung Sungai Korok, Kedah