31 August 2009

Merdeka



Merdeka... Merdeka... Merdeka...

Apabila seseorang pernah merasai kesusahan,
ia akan menghargai erti kesusahan sewaktu kesenangannya...
Apabila seseorang pernah merasai kesenangan,
mengapa ia tidak boleh menerima erti kesusahan
...


Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 52

26 August 2009

Aircraft Model



Model² kapalterbang yang dapat dikumpul, susah juga untuk mendapatkan pelbagai² model ni. Anak² pula pantang nampak, dah beberapa biji sudah berkecai dan tak dapat diselamatkan.

24 August 2009

Ikhlas



Kemanakah perginya kejujuran dan keikhlasan seseorang manusia..., sekarang ini kebanyakkan manusia lalai mengejar 'glamour', kedudukan, impian, cita² dan sebagainya sehingga bertindak terlalu riak dan mengetepikan nilai kejujuran dan keikhlasan. Dalam kehidupan seharian, jangan dilupakan siapa sebenarnya diri kita. Sebagai orang Islam, kita diingatkan supaya membuat kebaikkan dengan niat jujur dan ikhlas.

"betapa jujurnya matahari menyinari bumi dengan keikhlasan setiap hari"

22 August 2009

Gas Cutting



Pekerjaan seperti ini sudah tentu mengundang bahaya bagi yang melihatnya, bagi yang mahir melakukan kerja² seperti ini, ia sudah dianggap biasa dan tidak merbahaya kerana peralatan keselamatan seperti sarung tangan kulit, pelindung muka, pelindung badan dan sebagainya dipakai sewaktu kerja² pemotongan menggunakan gas dilakukan. Sebelum memulakan kerja² pemotongan, pemeriksaan keselamatan keatas silinder gas, hose, nozzle dll dilakukan bagi menjamin keselamatan sewaktu sesuatu kerja² pemotongan dilakukan.

Salam Ramadhan

Assalamualaikum semua...

Sempena bulan ramadan yang mulia ini, saya memohon berbanyak kemaafan sekiranya sepanjang percakapan atau perbuatan saya telah menyinggung mana² pihak mahupun dengan sengaja ataupun tidak, semoga diri kita dilindungi olehNya dari perkara² yang merenggangkan persaudaraan...

Seribu senyuman belum tentu menawan hati...
Satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci...
Untuk membina mengambil masa yang panjang...
Untuk meruntuh sekelip masa sahaja...

*** SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ***

Semoga Ramadhan ini akan lebih bererti dalam apa jua amalan yang kita lakukan.

INSYA-ALLAH

Merdeka Ride For Green 2009












Program anjuran Negeri Pulau Pinang - Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti & Lions Club Of Penang Gold Coast telah mencatatkan 1464 penunggang yang menyertai acara ini dan membolehkan dicatat didalam Malaysia Book Of Records sebagai "LARGEST CYCLING GO FOR GREEN CONVOY".

16 August 2009

Selamat Hari Lahir



Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran anak pertamaku yang ke 9 tahun, balik dari kerja terus pergi Giant beli kek, minggu lepas dah kena warning... "Ayah...Ayah kena beli kek tau, 15 hb ni birthday Dzafri". Sampai je rumah tengok dia dah tunggu, dengan sorak dan senyuman dia memeluk dan mencium tangan aku dan berkata "terima kasih Ayah".

14 August 2009

Perkahwinan Ghafur & Ila







Majlis perkahwinan Ghafur & Ila ini berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang.
Semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat.

10 August 2009

Ulat Bulu



Spesis ulat bulu...
Ada orang kalau terjumpa ulat bulu ni mesti geli punya.

08 August 2009

Akad Apis & Nor







Majlis Akad Apis & Nor di Surau Polis Marin, Batu Uban, Pulau Pinang.