19 February 2010

Berinai Wan Norhailis







Majlis berinai Wan Norhailis di Kampong Rawa

15 February 2010

Perkahwinan Amrina & Hafeez







Majlis Perkahwinan Amrina & Hafeez di Ballroom Penang Golf Resort.

13 February 2010

Akad Hafeez & Amrina







Majlis Akad Hafeez dan Amrina di Masjid Pokok Machang, Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

10 February 2010

Beijing day 5


Ringgit Malaysia dalam kedai makanan Islam


Balai menunggu di Beijing Capital Airport


Dalam Airbus A330-300

C-out dan Sarapan di restoran. Ke Sun Golden Sweet Market untuk beli belah yang terakhir. Makan tengahari dan terus ke terminal 2 Beijing Capital Airport untuk penerbangan pulang. Jarak dan masa perjalanan dari Beijing ke KL sama seperti waktu datang, alhamdulillah selamat sampai di KLIA tepat jam 10.05 malam dan terus mengambil penerbangan sambungan ke Penang. Kami semua amat berpuas hati dengan pemandu pelancong serta pemandu yang melayan kami dari awal pagi hingga malam melalui Tabung Haji Travel. Terima kasih kepada kawan-kawan serta keluarga mereka yang mengikuti percutian ini diharap bergembira dan dapat lagi bercuti bersama dimasa akan datang.

09 February 2010

Beijing day 4


Tasik Kunming membeku


Orang ramai berjalan diatas tasik


Nak tengok apa didalam...
Kedudukan susunan Mutiara

Inilah Idaman Suri...
Masjid berusia lebih 500 tahun
Hadapan Masjid berseri selepas Olimpik
Beraneka serbuk teh
Bird Nest
Water Tube dan hotel 7 bintang
Sarapan dan ke Istana musim panas Summer Palace, Tasik Kunming yang terkenal buatan
manusia seluas 290 hektar telah membeku dan boleh berjalan diatasya. Kami dibawa pula ke tempat memproses dan menjual mutiara, seorang pekerja menyuruh kami meneka berapa banyak mutiara yang ada didalam kepah tersebut, apabila dibuka terdapat 29 biji mutiara didalamnya dan kami diberi sebiji mutiara dengan mengambilnya sendiri. Makan tengahari dan solat, suhu pada waktu siang ialah 2°C. Seterusnya kami ke syurga teh, bermacam-macam jenis teh yang terdapat di kedai ini dan kami diberi rasa beberapa teh yang terkenal. Singgah di stadium Olimpik Bird Nest dan Water Cube, disebelah Water Tube ialah hotel 7bintang berbentuk naga yang didiami oleh peserta sukan olimpik 2008. Singgah membeli belah dan makan malam. Suhu waktu malam ialah -9°C

08 February 2010

Beijing day 3


Restoran Islam


Proses mengasah batu jed


Cuba mencuba dulu


RM di patung kristal


Tembok besar

posing skit


Akibat cuaca, matari boleh lihat macam ni



Jam 7.30 kami bersarapan di Restoran Salamah, ramai juga orang Malaysia yang kami jumpa di restoran ini. Kami ke kilang membuat dan memproses batu jade, seni halus batu jade diukir oleh pekerja yang berpengalaman dan harganya pun menarik jugalah. Kemudian ke Crystal Palace, pekerja mereka dengan tekun memberi penerangan mengenai perbezaan kristal asli dan tiruan, kemudian ke kilang Bao Sha Tang Sci-Tech Pharmaceutial untuk melihat ubat-ubatan yang berkualiti. Makan tengahari dan solat, suhu pada waktu siang ialah 0°C. Perjalanan kami seterusnya ke Tembok Besar, panjangnya lebih kurang 6400km, pada zaman dahulu sesiapa yang memanjat tembok besar tu dia dikira pahlawan dan kami yang memanjat pon dikira pahlawan jugak ka. Habis memanjat kami ke Yashow Market untuk membeli belah, disini sesiapa yang pandai tawar menawar akan mendapat harga yang paling rendah sekali, tapi kena beli la kalau sudah tawar menawar, orang lelaki Malaysia yang paling pandai tawar menawar kata tour guide. Makan malam di Restoran Bunga Mawar dan balik ke hotel lebih kurang 9.30 malam. Suhu waktu malam ialah -7°C.

07 February 2010

Beijing day 2


Tiananmen Square


Forbidden City


Kawat keluar, habis tugas kot


Penyukat masa



Masjid berusia lebih 300 tahun


Kilang membuat sutera



Pertunjukan akrobatik

7 buah motosikal didalam sangkar

7.30pagi tour guide sudah berada di depan hotel, kami bersarapan dan terus ke Tiananmen Square dengan kisahnya dan Forbidden City yang berusia 600 tahun, dahulu ianya adalah kota terlarang dan hanya untuk Raja-Raja dan Gundik-Gundik sahaja. Ia dibina pada 1406 dan siap pada 1420, bangunan paling tinggi disekitarnya tidak melebihi 35 meter. Dengan suhu siang 1°C kami ke Restoran Bunga Mawar untuk makan tengahari dan ke Masjid Nan Du Ya yang berusia 300 tahun, dahulu perkampungan orang Islam banyak terdapat disekitar masjid ini, sekarang hanya sedikit sahaja orang Islam yang tinggal dan kebanyakkan yang datang berjemaah hanyalah orang-orang tua. Kami ke kilang pembuatan sutera Beijing Dizhen Silk Products dan ditunjukkan cara-cara bagaimana permulaan sutera diperolehi sehingga menjadi kain. Persembahan yang tidak asing lagi di China iaitu pertunjukkan akrobatik di Jin Sha Theater, sungguh mengasyikkan dan paling mendebarkan apabila 6biji motosikal berpusing-pusing di dalam sangkar. Makan malam di Restoran Judehuatian dan sampai di hotel jam 9.30malam dengan suhu -5°C.

05 February 2010

Beijing day 1


Balai menunggu KLIA


Sampai di Beijing Capitan Airport


Pemeriksaan Imigresen

Salah sebuah restoran Islam

Kolam di hotel membeku

Melancong bersama-sama kawan serta keluarga mereka ke Beijing China melalui pakej Tabung Haji Travel (Muslim Tour) selama 5hari 4malam. Jarak Perjalanan dari KL ke Beijing ialah 4900km dan mengambil masa selama 6 jam dengan menaiki pesawat Airbus A330-300 MAS. Dari ketinggian 14000kaki dari aras laut serta kelajuan 840km/j, kami selamat mendarat pada jam 2.59 petang di Beijing Capital Airport. Di terminal 2 kami disambut oleh pemandu pelancong yang boleh berbahasa Indonesia. Dengan suhu siang 5°C kami terus dibawa ke Hotel Yan Xiang untuk proses daftar masuk, kami dapat melihat air didalam kolam hotel tersebut menjadi beku. Pada jam 6petang siang menjadi malam dengan suhu -5°C dan kami ke Restoran Salamah untuk makan malam.